Search This Blog

Sunday, June 5, 2011

NUSRAH

Operasi Madrasah bersandarkan kepada rahmat ar-Rahman ar-Rahim; menerusi sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak, dan amat dihargai oleh pihak Madrasah Al-Marjan.

Mungkin ada pihak yang bertanya - mengapa kita mesti mengambil bahagian dalam penyelenggaraan madrasah ini? Mengapa bukan kerajaan? Mengapa bukan orang lain? Untuk itu, kita perlu kembali semula kepada mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang dipusakakan kepada kita sebagai panduan hidup:

Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya.”(Al-Baqarah, 2:261)

Anggaplah ia sebagai peluang dan hadiah yang telah disediakan Allah untuk kita. Ibarat bungkusan hadiah istimewa sudah diterima, buka dan nikmatilah kurnia bersama-sama dengan orang lain yang amat memerlukan. Sesungguhnya Allah telah berjanji bahawa pahala membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah akan kembali kepada kita, tentunya dalam pelbagai bentuk, cara dan rupa, Insyaallah.

Apa-apa  yang kamu belanjakan daripada  perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dgn tujuan dan  nilai yang baik di mana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredhaan Allah”(Al-Baqarah,2:272)

Marilah kita sama-sama mara dan muncullah di saf paling hadapan supaya Allah memandang kita sebagai hambaNya yang berjuang, supaya kita berkongsi rahmat ArRahman ArRahim bersama-sama yang mampu dan tidak mampu, zahirkan pengakuan kita bahawa kita adalah hamba-hamba al-Malikul Mulk yang bersyukur. Perlu kita ingat, bahawa akhirnya pemberian kita, dalam apa bentuk sekali pun, sebenarnya adalah untuk kita juga, di sana nanti, di rumah yang abadi.
Kirimkan harta, tenaga dan masa ke akhirat sekarang untuk kita guna kemudian.

Bagi hamba-hamba yang bersyukur, yakin kepada sedekah dan memberi apa yang disayangi, khazanah Allah tidak terhingga dan tidak terhakis oleh kurniaNya. Dunia ini hanyalah perhiasan dan penuh dengan senda gurau. Harta benda dan anak-anak adalh ujian Allah untuk hambanya.

“Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik” (Surah At-Taubah, 9:24)

Kita tidak menyertai Badar, Uhud, Hijrah dan lain-lain jihad yang telah berlalu. Zaman kita sudah tiada Sahabah dan Sahabiah seperti Sayyadatina Siti Khadijah r.ha yang kerana cintanya kepada Allah Taala dan Muhammad S.A.W telah menyerahkan segala apa yang ada hatta jiwa dan tenaga serta masa kepada jihad islam. Abu Bakar As- Sidiq yang membenarkan segala apa dari Muhammad S.A.W , Umar Al-Khattab pembela yatim dan miskin, Usman Affan pembela al-Quran. Perginya Amirul Mukminin seperti Umar Abdul Aziz - siapakah penyambung tugas dan pengorbanan mereka? Apa lagi alasan untuk kita tidak ikut serta. Berhijrahlah segera dari mementingkan diri sendiri kepada pengorbanan untuk agama.

Sudah tiada banyak masa untuk bertangguh-tangguh kerana maut itu pasti dan datang dengan tiba-tiba. Tiada jaminan bahawa kita akan masih hidup besok, lusa, atau malam ini.  Firaun, Qarun dan Hamman juga mati dalam kehinaan walaupun banyak kuasa dan harta. Masa adalah antara ciptaan Allah yang berharga dan perlu digunakan secara bijaksana. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Bantulah urusan agama, nescaya Allah membantu kamu. Utamakan Allah Taala nescaya Allah sempurnakan urusan kamu.

Marilah kita sama-sama bergerak secara berjemaah dalam jemaah khadim
Madrasah Tahfiz Al Quran Al Marjan ini - berjihad memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam penyebaran ilmu dan pembelaan anak-anak yatim, fakir miskin, para muallaf dan para asnaf yang lain.

No comments:

Photobucket
Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah seru sekalian alam….
Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Marjan
Bukit Malut
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
TEL:017-6782759/016-2221016
No. Pendaftaran SSM-KV0005533-X