Search This Blog

Sunday, June 5, 2011

DETIK DAN PERISTIWA (SEKADAR CATATAN SEJARAH BUAT RENUNGAN DAN IKTIBAR)

1.Pada suatu masa terjadi satu peristiwa di mana nasi yang sedang menggelegak di dalam periuk yang dimasak oleh Us. Ayub telah mengeluarkan bunyi seakan-akan zikir menyebut nama Allah. Peristiwa ini telah turut disaksikan oleh anak-anak madrasah. Wallahhualam.

2.Pada 29 Disember 2010 telah berlaku satu kebakaran besar yang melibatkan penduduk Kampung Bukit Malut (sila rujuk Berita Harian 29 Disember 2010). Kebakaran telah melibatkan banyak kerugian harta benda. Semasa kebakaran tersebut anak-anak madrasah telah melakukan zikir dan solat hajat memohon agar api yang sedang marak menyala agar terpadam. Dengan izin Allah doa tersebut dimakbulkan. Anak madrasah juga telah berjaya menyabung nyawa untuk menyelamatkan seorang warga emas yang sudah tidak berdaya dengan cara memikulnya dan dibawa ke masjid berhampiran.Allahuakbar.

3.Terjadi satu perkara di mana saat-saat anak madrasah hampir keputusan bekalan makanan. Tanpa disangka-sangka dengan izin-Nya jua datang seorang lelaki bukan Islam dengan rela hati menyedekahkan sepuluh kampit beras sebagai makanan tanpa diminta. Allahuakbar.

4.Pada 08 Januari 2011, selepas lawatan yang kedua kali, YAB Menteri Besar Kedah telah memberikan sedikit sumbangan bagi memperbaiki dan membaik pulih madrasah bagi keselesaan anak-anak pelajar. Alhamdullillah.

No comments:

Photobucket
Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah seru sekalian alam….
Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Marjan
Bukit Malut
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
TEL:017-6782759/016-2221016
No. Pendaftaran SSM-KV0005533-X