Search This Blog

Thursday, January 12, 2012

ustaz zahazan tafsir al a'raaf (1)

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-MARJAN: ALLAH MENYEMPURNAKAN HAJATMU MELEBIHI JANGKAUAN WARAS INSAN,MAKA SUJUDLAH KERANA KASIH SAYANGNYA

ALLAH MENYEMPURNAKAN HAJATMU MELEBIHI JANGKAUAN WARAS INSAN,MAKA SUJUDLAH KERANA KASIH SAYANGNYA

          ALHAMDULILLAH,SUBHANALLAH,ALLAHU AKBAR segala puji setinggi pujian kepada ALLAH RABB Tuhan sekelian alam yang menggenggam jiwa-jiwa kita,yang diharap-harapkan kasih sayangNya, yang ditakuti kebenciannya,yang membangkitkan jiwa-jiwa kepada kelazatan mengharap kepadaNya kerana sangatlah benar janji-janji AR-RAHMAN AR-RAHIM. Moga-moga bila tiba masa untuk kembali kepada rahmatMu yang abadi kami mampu menyembahMu dengan jiwa yang tenteram dari kurniaMu maka redhailah kami sebagai hamba-hambaMu anak-anak kepada hamba-hambaMu,lalu kami bermohon kecintaan kami kepadaMu melebihi segala yang ada. Selawat dan salam takzim kepada Nabi muhammad s.a.w penunjuk rahmat sekian alam,ahli keluarganya, para-para syuhada,solihin,sahabah,arifin yang mukmin,ustaz-ustaz, kedua ibubapa kami,sahabat handai dan saudara-saudari yang mendidik kami kepada pencarian cinta kepada RABBUL ALAMIN. YA ALLAH, ingin sekali kami mencintaiMu walaupun kami hanya hamba- hambaMu,kurniakanlah kami Qolbu Salim sehingga bergetar jiwa kami apabila apabila namaMu disebut.
          Assalamualaikum saudara-saudari,berita baik yang ingin kami sampaikan ialah bantuan ALLAH telah sampai kepada Madrasah untuk pembinaan bangunan tambahan diatas bangunan asrama yang sedia ada. Segala kesyukuran kepada ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG kerana telah menyinari hati-hati beberapa orang insan menghantar bantuan bagi tujuan menambah bangunan madrasah setingkat lagi. Hari ini bumbung sedang dipasang dan insyaAllah minggu depan pelajar-pelajar akan menggunakan bangunan tambahan ini. Setakat ini kos pembinaan telah mencecah RM12000 dan dijangka meningkat menjadi Rm20000 kerana terdapat beberapa pindaan kepada pelan asal atas sebab-sebab keselamatan. Sementara menunggu bangunan siap pelajar-pelajar belajar,berehat dan tidur dimasjid disebelah Madrasah. Setelah siap pembinaan bangunan yang boleh menempatkan 60 orang pelajar ini,mereka akan belajar dan tidur disitu.
          Saudara-saudari,Allah telah mengajar kami supaya sabar dan yakin dengan janji ALLAH dan jangan mungkir janji kepada Allah. Apakah janji ALLAH kepada kita?Diantara lain janji ALLAH ialah jika kita berusaha untuk membantu agama,ALLAH akan membantu kita.Apa pula janji kita kepada ALLAH? Diantara janji kita kepada ALLAH ialah kita akan hanya menyembah dan memohon kepada Allah. Diperingkat awal rancangan pembinaan bangunan tambahan ini terdapat beberapa syor dari penduduk kampung supaya kita membawa pelajar-pelajar meminta derma dari rumah kerumah menyebabkan Jemaah Khadm Madrasah berada didalam sedikit kesulitan untuk membendung dan menjelaskan mengapa kita tidak sepatutnya meminta-minta kepada makhluk. Kami faham bahawa penduduk-penduduk sangat bersemangat apabila melihat pelajar-pelajar yang bertambah ramai dan bersungguh-sungguh belajar walaupun dalam keadaan serba kekurangan,tetapi kami tidak mahu kemuliaan pelajar-pelajar Al-Quran yang miskin atau yatim tercalar dengan sikap meminta-minta kepada manusia. Pelajar-pelajar Al-Quran sangat tinggi kemuliaannya kerana mereka-mereka ini bakal menjadi perisai Kitabullah dan kami sepatutnya menjadi hamba-hamba Allah yang menjadi khadam kepada tentera-tentera ALLAH ini .Ikhtiar kami ialah menambahkan zikrullah,solat sunat dan sangka baik kepada ALLAH dan makhluk, dan kami yakin saudara-saudari juga berbuat demikian dari jauh. ALLAH MAHA MENDENGAR rintihan kita,dalam masa tak beberapa hari selepas posting blog ini yang terdahulu, beberapa orang insan telah diizinkan ALLAH menghantar bantuan kewangan dan sokongan.ALLAH TELAH SELAMATKAN MAKHLUK DARIPADA MEMINTA-MINTA KEPADA MAKHLUK.
          Saudara dan saudariku,andainya saudara-saudari yang mengikuti perkembangan Madrasah melalui blog ini bersangka baiklah kepada ALLAH bahawa Zikrullah dan doa kita tidak sia-sia kerana Zikrullah dan doa kita ialah penzahiran perhambaan diri kita kepada ALLAH. Inilah perbezaan diantara seorang Muslim yang prihatin kepada fisabilillah dengan sami-sami ,paderi atau rahib agama lain, iaitu meminta dan berharap-harap kepada ALLAH lebih daripada meminta-minta belas kasihan makhluk. Kita membajai akar sedangkan mereka membajai dedaun, sudah tentu pokok kita subur.
          Anjuran penulis blog yang fakir lagi jahil ini ialah,selepas membaca blog ini saudara-saudari tambahkan Zikrullah dan doa kepada ALLAH samada secara lafaz lisan,membaca al-Quran,tafakur,muhasabah dan sujud kepada ALLAH lebih kerap daripada sebelum ini. Kasihanilah fakir ini yang sangat sedikit perhambaannya kepada ALLAH sehingga tersangat inginkan supaya seruan ini menjadi saksi bahawa kita telah sama-sama berpesan-pesan kepada kebaikan,yang inginkan supaya selepas membaca blog ini saudara-saudari dan kami menjadi hamba ALLAH yang diredhai.

"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMBACA KITAB ALLAH,MENDIRIKAN SOLAH DAN MEMBELANJAKAN (DIJALAN KEBAIKAN) SEBAHAGIAN DARIPADA REZEKI YANG KAMI BERKAN KEPADA MEREKA,DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN,MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERNIAGAAN YANG TIDAK PERNAH RUGI."surah al-Fathir ayat 29.


"Senantiasalah hamba itu berdekatan kepadaKu dengan ibadah sunat,sehingga Aku mengasihinya,Maka apabila Aku mengasihinya,nescaya Aku adalah pendengarannya,yang ia mendengar dengan dia,yang ia mendengar dengan dia.Penglihatannya,yang ia melihat dengan dia. Dan lidahnya,yang ia bertutur kata dengan dia." hadis dirawikan Al-Bukhari dari Abu Hurairah.



Photobucket
Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah seru sekalian alam….
Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Marjan
Bukit Malut
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
TEL:017-6782759/016-2221016
No. Pendaftaran SSM-KV0005533-X