BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM…
Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah seru sekalian alam….
Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Marjan,
Bukit Malut,
70000,Langkawi,
Kedah Darul Aman.
No. Pendaftaran SSM-KV0005533-X
BIODATA
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dari limpah kurniaNya Madrasah Tahfiz Al Quran Al Marjan, Jabal Malut, Langkawi, Kedah DA telah ditubuhkan pada 17.02.2010 di Masjid Bukjt Malut, Langkawi dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar terdiri daripada sejumlah 22 orang pelajar lelaki tempatan berumur dari 06 hingga 16 tahun.Keutamaan kemasukan pelajar ialah untuk anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin serta muallaf.
Jumlah kakitangan permulaan ialah seramai 5 orang sukarelawan fisabilillah yang terdiri dari seorang guru fardhu-ain merangkap Mudir,seorang guru Hafiz,seorang tukang masak dan dua orang khidmat am.
Pihak pengurusan Masjid Bukit Malut telah bersetuju untuk mengizinkan supaya pelajaran (pengajian) dijalankan dikawasan masjid sementara proses pembaik-pulih dan ubahsuai sebuah setor masjid untuk dijadikan asrama madrasah.
Madrasah ditadbir urus oleh jemaah khadim yang terdiri dari AJK Masjid Bukit Malut, penduduk tempatan tempatan, jemaah khadim Surau Pasar Malam Changlun Kedah dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis serta individu2 dari dalam dan luar negara.
TIADA sebarang yuran dikenakan kepada anak2 yatim, fakir miskin dan muallaf. Perbelanjaan operasi Madrasah adalah dari rahmat arRahman arRahim menerusi sedekah dan bantuan dari pelbagai pihak seperti beberapa penduduk tempatan mengambil bahagian dengan menghantar bantuan makanan laut setiap hari kemadrasah.Bantuan juga tidah pernah putus hasil dari pemberian pelbagai pihak dan individu yang sentiasa datang hasil dari RAHMAT NYA jua.
Pada masa ini, Madrasah Al Marjan adalah merupakan satu2nya madrasah tahfiz yang seumpamanya yang ada dan aktif di Pulau Langkawi yang bertuah ini.
NUSRAH
Mengapa kita mesti mengambil bahagian didalam penyelenggaraan madrasah ini? Mengapa bukan kerajaan? Mengapa bukan orang lain? Anggaplah ia sebagai peluang yang telah disediakan Allah untuk kita, tidak kepada kerajaan atau orang2 lain yang lebih mampu atau alim. Ibarat bungkusanhadiah istimewa sudah diterima, buka dan nikmatilah kurnia bersama-sama orang lain.
Mara dan muncullah disaf terhadapan supaya Allah memandang kita sebagai hambaNya yang berjuang, supaya kita berkongsi rahmat ArRahman ArRahim bersama-sama yang mampu dan tidak mampu, zahirkan pengakuan kita bahawa kita adalah hamba2 al-malikul mulk yang bersyukur.
Kirimkan harta, tenaga dan masa keakhirat sekarang untuk kita guna kemudian. Hamba2 yang bersyukur yakin kepada sedekah dan memberi apa yang disayangi. Khazanah Allah tidak terhingga dan tidak terhakis oleh kurniaNya. Dunia ini hanyalah perhiasan dan penuh dengan senda gurau. Harta benda dan anak2 adalh ujian Allah untuk hambanya. Kita tidak mentertai Badar, Uhud, Hijrah dan lain2 jihad yang telah berlalu. Zaman kita sudah tiada Sahabah dan Sahabiah seperti Sayyadatina Siti Khadijah r.ha yang kerana cintanya kepada Allah Taala dan Muhammad S.A.W telah menyerahkan segala apa yang ada hatta jiwa dan tenaga serta masa kepada jihad islam. Abu Bakar As- Sidiq yang membenarkan segala apa dari Muhammad S.A.W , Umar Al-Khattab pembela yatim dan miskin, Usman Affan pembela al-quran. Perginya Amirul Mukminin seperti Umar Abdul Aziz. Siapakah penyambung tugas dan pengorbanan mereka? Apa lagi alasan untuk kita tidak ikut serta. Berhijrahlah segera dari mementingkan diri sendiri kepada pengorbanan untuk agama.
Sudah tiada banyak masa untuk menunggu-nunggu kerana maut itu pasti dan datang tiba2. Firaun, Qarun dan Hamman juga mati dalam kehinaan walaupun banyak kuasa dan harta. Masa adalah antara ciptaan Allah yang berharga dan jangan sekali-kali disalah gunakan. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Bantulah urusan agama, nescaya Allah membantu kamu. Utamakan Allah Taala nescaya Allah sempurnakan urusan kamu.
Bergeraklah secara berjemaah didalam jemaah khadim Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Marajan ini berjihad memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam penyebaran ilmu dan pembelaan anak2 yatim, fakir miskin, para muallaf dan asnaf2 yang lain.

PENENTUAN SKAP JEMAAH KHADIM MADRASAH DI DALAM PROSES PENYEMPURNAAN PENDIDIKAN DAN PEMBIAYAAN MENGURUS MADRASAH DAN HAL-HAL YANG BERKAITAN
Semua ahli jemaah khadim hendaklah berikhtiar untuk kurang atau tidak langsung meminta-minta kepada makhluk tetapi tidak terhad kepada iklan kerjasama atau hebahan am di dalam memenuhi sebarang keperluan madrasah. Bukan kerana kita terlalu mulia, tetapi untuk mengelakkan terkurangnya pengharapan kita kepada Allah kerana kita juga adalah pelajar2 yang belajar memperhambakan diri kepada penciptanya. Segala kejadian adalah dari kesempurnaan Yang Maha Sempurna. Biar setiap detik, sama ada sedar atau tidur kita ada hubungan denganNya. Kita cuba ambil matlamat kejayaan yang sebenar kearah keredhaan menjadi hamba Allah.
Muhammad S.A.W ialah mudir perjuangan kita, dia anak yatim, dia hanya menyembah dan bermohon kepada Allah dan telah Allah tunjukkan kepadanya jalan yang lurus. Moga2 kita juga melalui jalan yang lurus yang ternyata cepat dan selamat agar dapat juga kita mersai nikmat sebagaimana yang telah dikurniakan kepada orang2 yang terdahulu.
Pejuang fisabillilah hendaklah mengambil sikap memberi dan jangan meminta tetapi boleh menerima sedekah, zakat, hadiah, infaq atau apa saja istilah sumbangan untuk madrasah. Jauhi segala pujian supaya kita dilihat seumpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang gelap gelita, agar jiwa kita diterngi dengan suluhan hidayah Allah. Bertemu dan berpisahlah kita kerana Allah. Tumpahkan kasih sayang kepada yatim dan fakir miskin supaya kita lebih merasai nikmat kasih dan sayang Allah.
Wadah perjuanagan kita ialah ilmu, iman dan amal. Bukan kemasyuran atau status. Senjata utama kita ialah keikhlasan dan zikrullah.
PENGURUSAN, KEWANGAN DAN PERBANKAN
Setelah bermesyurat pada 1/06/2010 suatu persetujuan telah dicapai berkenaan perlantikan jawatan2 didalam Jemaah Khadim yang mengurus Madrasah.
1.Nama2 individu dan jawatan yang dilantik disenaraikan di dalam LAMPIRAN A.
2. Semua pendapatan dan perbelanjaan sama ada wang ringgit atau barangan mestilah di catitkan di dalam jurnal am oleh mudir dan mestilah disahkan didalam mesyuarat bulanan.
3.Beberapa akaun bank hendaklah dibuka di Maybank, CIMB dan Bank Islam diatas nama:MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-MARJAN
4.Empat penama disahkan sebagai nama2 yang layak untuk menguruskan akaun2 perbankan Madrasah dan menandatangani cek.
5.Setiap pengeluaran cek akaun Madrasah mestilah ditandatangani oleh paling kurang 2 penama.
6.No. akaun untuk sumbangan:BIMB-02066011172838
LAMPIRAN A
JEMAAH KHADIM MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-MARJAN,
JABAL MALUT, LANGKAWI 07000, KEDAH D.A
JAWATAN
NAMA TEL
MUDIR US. ABDULLAH B. MOHAMAD 017-6782759
TIMB. MUDIR JUSOH B. MOHAMAD NAZIR 012-5579628
SETIAUSAHA AHMAD B. ALI
TIMB. SETIAUSAHA DAUD B. AHMAD
BENDAHARI US. ABIDIN B. ABDULLAH 012-4582417
TIMB. BENDAHARI AHMAD FAUZI B. AHMAD 017-5403533
AJK ABDUL JALIL 017-4505257
HJ IBRAHIM LAI ABDULLAH 019-4808932
HJ ABDUL HAMID DALI 012-5450978
HJ ABDUL RONING ALEEMAMAH 013-5899236
WAN ABDUL HAMID WAN LONG 012-5513717
ABDUL MUBIN AHMAD 012-6528876
HJ NOOR SALIHIN MARZUKI 019-2298807
NIK MOHAMAD SAIFUL NIZAM 017-4644236
ROSLAN B. MOHAMED 016-2221016
LAMPIRAN B
KAKITANGAN MADRASAH
1.MUDIR US. ABDULLAH B. MOHAMAD
2.TIMB. MUDIR JUSOH B. MOHAMAD NAZIR
3.US. HAFIZ/ALIM US. ABDUL KUDUS
4.US. HAFIZ/ALIM US. SOREY B. ISHAQ
5.TUKANG MASAK AYUB
6.KHIDMAT AM ABDUL JALIL
KOS PENYELENGGARAAN DAN OPERASI BULANAN MADRASAH UNTUK 25 ORANG PELAJAR DAN 5
KAKITANGAN
1.Perbelanjaan makanan dan minuman secara sederhana tanpa peruntukan makanan berkhasiat dan seimbang dianggarkan sebanyak RM3000 sebulan.
2.Perbelanjaan mengurus, mengajar dankebajikan tenaga khidmat Madrasah ialah RM3000 sebulan.
Jumlah perbelanjaan sebulan ialah RM6000.
Adalah diharapkan apabila dana dan peruntukan Madrasah telah bertambah baik mutu penyedia makanan dan minuman pelajar2 ditingkatkan dengan penekanan kepada makanan berkhasiat dan seimbang. Ini sangatlah penting untuk merangsang tumbesarab jasmani dan minda pelajar2.
JALURAN PEMBANGUNAN ILMU
Pelajar2 yang khatam menghafal Al-Quran akan digalakkan supaya mengambil peperiksaan SPM dan STAM sebelum menyambung pelajaran keperingkat alim sama ada di dalam atau luar negara ini. Sebagai langkah penilaian peningkatan ilmu, ustaz2 dari Madrasah2 lain akan dijemput dari masa ke semasa ke Madrasah ini untuk membuat penilaian berkenaan peningkatan pelajar dan Madrasah. Pelajar2 dan kakitangan Madrasah juga akan dibawa melawat madrasah2 lain untuk bertukar-tukar pendapat bagi tujuan penambahbaikan mutu pendidikan, peneraparan akhlak mulia dan pengurusan yang cekap. InsyaAllah kita juga dalam perancangan untuk menubuhkan madrasah hafizah secepat mungkin.
DETIK DAN PERISTIWA (SEKADAR CATATAN SEJARAH BUAT RENUNGAN DAN IKHTIBAR)
1.Pada suatu masa terjadi satu peristiwa di mana nasi yang sedang menggelegak di dalam periuk yang dimasak oleh Us. Ayub telah mengeluarkan bunyi seakan-akan zikir menyebut nama Allah. Peristiwa ini telah turut disaksikan oleh anak2 madrasah. Wallahhualam.
2.Pada 29 Disember 2010 telah berlaku satu kebakaran besar yang melibatkan penduduk Kampung Bukit Malut(sila rujuk Berita Harian).Kebakaran telah melibatkan banyak kerugian harta benda. Semasa kebakaran tersebut anak2madrasah telah melakukan zikir dan solat hajat memohon agar api yang sedang marak menyala agar terpadam. Dengan izin Allah doa tersebut dimakbulkan. Anak madrasah juga telah berjaya menyabung nyawa untuk menyelamatkan seorang warga emas yang sudah tidak berdaya dengan cara memikulnya dan dibawa ke masjid berhampiran.Allahuakbar.
3.Terjadi satu perkara di mana saat2 anak madrasah hampir keputusan bekalan makanan. Tanpa disangka-sangka dengan izinNya jua datang seorang lelaki bukan islam dengan rela hati menyedekahkan sepuluh kampit beras sebagai makanan tanpa diminta.Allahuakbar.
4.Pada 08/01/2011 selepas lawatan yang kedua kali, YAB Menteri Besar Kedah telah memberikan sedikit sumbangan bagi memperbaiki dan membaik pulih madrasah bagi keselesaan anak2 pelajar.Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment